Sunday, 8 November 2015

Sushi oh sushi

Assalamualaikum...

Haaa.Tajuk kita hari ini berkaitan dengan sushi.Mesti ramai dekat sini yang suka makan sushi kan??
Ini dia asal usul macam mana sushi dikenalkan dan dibuat.

Sushi ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Penyediaan sushi memerlukan beberapa pekakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam (hōchō), batang chopstick (sai bashi), kain (fukin), dan beberapa alat-alat khusus seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung (makisu), dan kotak tekan sushi (oshibako). Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumpair laut kering (nori), wasabi, kicap (shōyu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin, dan lobak putih (daikon).




Meh saya kongsi banyak lagi gambar sushi..




HAAA NAMPAK MENYELEREKAN BUKAN????
 
JOMMM KITA MAKAN SUSHIII

1 comment: