Sunday, 8 November 2015

resepi kek batik yang sedap dan senang

Assalamualaikum....

Haiiii.Hari ini saya ingin berkongsi tentang resepi kek batik yang sedap dan disukai oleh semua orang.Kek batik ini sedap dimakan semasa sejuk.

Ini adalah bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.

Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong

Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.




SELAMAT MENCUBA.....

1 comment: